KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara Ooi Tze Liang mencabar rakan sepasukan terutama penerjun muda untuk meningkatkan prestasi mereka sekali gus meneruskan legasinya di temasya Sukan SEA terutama dalam acara 3 meter (m) papan anjal.
Pemenang pingat emas acara 3m papan anjal di Sukan Komanwel Glasgow itu mengingatkan agar rakan sepasukan bekerja lebih keras bagi mengekalkan dominasi Malaysia di kolam renang dalam temasya dwitahunan itu.
"Saya rasa mereka perlu bekerja keras, lagi-lagi jika mahu menggantikan tempat saya. Mereka harus menang dulu," katanya kepada pemberita selepas meraih pingat emas 3m papan anjal lelaki di Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia (MIAG) ke-54 di sini pada Ahad.
Pemenang pingat perak Sukan Asia sebanyak dua kali itu berkata beliau sentiasa memberikan usaha lebih 100 peratus setiap kali menyertai kejohanan sebelum ini.
Ia kerana beliau terhutang budi dan merasakan perlu untuk membalas kepercayaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah memberikan kontrak dan elaun kepadanya selama ini.
Susulan tidak menyertai temasya Sukan SEA 2023, atlet berusia 26 tahun itu berharap wakil negara Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan pingat emas dan perak yang dimenangi mereka dalam acara 3m papan anjal lelaki pada temasya dwitahunan itu bulan depan.
Sementara, atlet kelahiran Pulau Pinang itu pula akan memberikan tumpuan penuh kepada Piala Dunia Terjun 2023 di Montreal, Kanada pada 5 hingga 7 Mei.
Pada Januari lepas, penolong jurulatih Datuk Leong Mun Yee mengumumkan skuad terjun elit tidak akan menyertai Sukan SEA di Kemboja, bagi memberi laluan kepada penerjun muda mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, Tze Liang melakar kejayaan selepas mengumpul 452.35 mata untuk muncul juara, diikuti seorang lagi penerjun negara Chew Yi Wei meraih perak dengan 407.10 mata manakala Muhammad Syafiq di tempat ketiga dengan 402.70 mata.
Biarpun tidak dapat mengatasi Tze Liang, Yi Wei berjaya membawa pulang pingat emas acara 3m papan anjal seirama lelaki, bergandingan dengan Gabriel selepas mengumpul 341.49 mata.
Gandingan Singapura Ayden Ng-Kenji Tan pula meraih pingat perak dengan 258.45 mata manakala wakil Sarawak Awang Sharzan Nasrin-Soh Tze Kang mengutip 251.22 mata untuk gangsa.
Kejohanan berlangsung selama tiga hari itu akan berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023
Atlet terjun negara Ooi Tze Liang mencabar rakan sepasukan terutama penerjun muda untuk meningkatkan prestasi mereka sekali gus meneruskan legasinya di temasya Sukan SEA terutama dalam acara 3m papan anjal. - Foto fail/BERNAMA
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Abdul Rashid komited tabur bakti kepada MSN
Katanya, MSN akan mengambil inisiatif dengan mengkaji akta sedia ada untuk dipinda mengikut keperluan serta kesesuaian semasa.
Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
Dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.